Kita kini hidup dalam dunia peranti akan ditukar secara purata setiap tiga tahun. Satu peningkatan berbanding sekitar dua tahun hanya sedekad yang lalu. Peranti yang semakin mahal membuatkan orang ramai tidak lagi ingin menukarnya dengan kerap. Tetapi bagi memastikan peranti boleh digunakan lebih lama, Suruhanjaya Eropah (EC) ingin pengeluar menawarkan alat ganti telefon pintar dan tablet selama lima tahun.
Sebanyak 15 komponen utama seperti skrin, bateri, panel belakang dan banyak lagi perlu ditawarkan oleh pengeluar selama separuh dekad. Jika alat ganti ditawarkan lebih lama, EC percaya sampah elektronik yang bersamaan dengan pencemaran 5 juta kenderaan dapat dikurangkan.
Bateri pada peranti mula perlu mengekalkan 80% kapasiti selepas menjalani 1000 kitaran pengecasan. Kesemua ini akan dimasukkan ke dalam Environmental Coalition on Standards (ECOS) kelak. Sebelum ini EC telah meluluskan rang undang-undang menyeragamkan penggunaan USB-C pada peranti elektronik Eropah juga untuk mengurangkan sampah elektronik.
- Sumber
- Sumber – European Comission