Cari @ Amanz

Sempena acara IFA 2022 yang bermula hari ini Amazfit GTR 4 dan GTS 4 telah dilancarkan secara rasmi. Kedua-dua jam tangan pintar ini hadir dengan ciri penjejakan nadi, penjejakan pola tidur, oksigen dalam darah dan pelbagai lagi ciri standard untuk sebuah jam tangan pintar moden.

Amazfirt GTR 4 ialah model yang lebih mercu dilengkapi skrin 1.43″ AMOLED berbentuk bulat sesentuh. Rekaannya nampak lebih premium dengan penawaran tubuh diperbuat daripada logam dan butang berputar diperbuat daripada logam tahan karat. Bateri boleh bertahan sehingga 50 hari dengan sekali caj dalam mod biasa dan sehingga 14 hari dalam mod pintar.

GTR4 hadir dengan tiga jenis tali. Floroestemer untuk kelihatan kasual, kulit untuk kelihatan formal dan nilon untuk keselesaan semasa bersukan. Dua butang kawalan sisi diletakkan pada bahagian kanan. Ciri menarik ialah terdapat sokongan aplikasi Strava dan Adidas Running. Pengesanan 150 aktiviti sukan secara automatik juga diberikan.

Sementara itu sistem dwi-GPS pula memastikan penjejakan laluan yang tepat dapat dinikmati pemakai. Ia juga boleh digunakan untuk menstrim muzik serta melakukan panggilan telefon.

Sementara itu Amazfit GTS 4 pula hadir dengan ciri yang sama dengan GTR4 cuma ia dilengkapi skrin 1.76″ AMOLED berbentuk empat segi. Ketahanan bateri hanya sehingga 30 hari dalam mod jam dan 8 hari dalam mod biasa. Seprto GTR4, ia juga ditawarkan dengan tiga pilihan tali jam bergantung kepada keperluan dan gaya pembeli. Kedua-dua jam juga menggunakan sistem operasi Zepp OS 2.0.

Harga jualan Amazfit GTR 4 dan Amazfit GTS 4 ialah $200 (~RM896) seutas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd