Fon Telinga Nirwayar Baharu Realme Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejumlah produk baharu Realme bakal diumumkan pada 6 September – ini termasuk aksesori audio baharunya dikenali sebagai Realme Buds Air 3s. Ia telah diperlihatkan secara langsung menerusi laman rasmi dengan rekaan dan sejumlah spesifikasi yang turut didedahkan.

Ia dilihat bakal hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Rekaan bertangkai pendek dan bersayap digunakan dengan padanan putik daripada silikon. Fon telinga ini mempunyai empat mikrofon terbina yang dimuatkan pada pemandu audio sebesar 11mm. Turut disertakan adalah kebolehan mengubah pelbagai tetapan termasuk EQ dengan empat tetapan berbeza seperti Bass Boost, Clear Bass, Nature Balance dan Clear Vocals.

Ia turut memuatkan kebolehan ciri pembatalan hingar elektronik (ENC) yang dioptomasikan menapis bunyi persekitaran dengan efektif sekaligus menawarkan panggilan lebih jelas. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai fon telinga akan diketahui selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami