Alami Flexperience Flip Dan Fold Di Jerayawara Samsung Sepanjang Bulan Ini

Diterbitkan pada Sep 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah peranti Samsung Galaxy Z Fold ataupun Z Flip, tetapi masih berada diatas pagar kerana mahu merasakan sendiri pengalaman memegang dan menggunakan peranti boleh-lipat ini, Samsung Malaysia hari ini telah mula membuka jerayawara Samsung Flextival di beberapa lokasi di seluruh Malaysia sepanjang bulan ini.

Samsung Malaysia akan membuka beberapa acara jerayawara untuk peranti Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4 di sekitar Malaysia, termasuklah:

  • Setia City Mall, Shah Alam (2 September – 4 September 2022)
  • Mid Valley Southkey, Johor Bahru (2 September – 4 September 2022)
  • Imago Mall, Kota Kinabalu (9 September – 11 September 2022)
  • Plaza Gurney, Pulau Pinang (9 September – 11 September 2022)
  • Sunway Pyramid, Selangor (29 September – 2 Oktober 2022)

Di acara jerayawara ini, para pelawat boleh melihat dan memegang sendiri peranti-peranti mercu boleh-lipat terbaru Samsung, iaitu Samsung Galaxy Z Fold 4 dan juga Samsung Galaxy Z Flip 4. Ia hadir dengan beberapa lokasi dimana pengguna boleh melihat, memegang dan menguji penggunaan peranti-peranti tersebut dan juga aksesori-aksesorinya.

Malah, pengguna juga boleh melihat sendiri pilihan panel berwarna Samsung Galaxy Z Flip 4 Bespoke yang boleh dicampur-campur untuk mencipta peranti Z Flip 4 yang khusus untuk anda. Dengan model Bespoke ini, selain daripada panel depan dan belakang, anda juga boleh mengubahsuai warna rangka peranti ini, dengan pilihan warna emas, perak dan juga hitam.

Selepas anda selesai melawati pelbagai zon-zon di jerayawara tersebut, anda boleh mencuba nasib di mesin tikam Samsung untuk mendapatkan kupon diskaun untuk membeli peranti dan juga aksesori-aksesori Samsung.

Untuk setiap pembelian peranti Samsung Galaxy Z Fold 4 ataupun Z Flip 4 di acara jerayawara ini, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,648, termasuklah Samsung Galaxy Watch4, waranti tambahan Samsung Care+ selama setahun, dan pek hadiah percuma bernilai RM219. Dalam pada itu, anda juga berpeluang memenangi sebuah projektor Samsung Freestyle dengan pembelian peranti tersebut.

Untuk hujung minggu ini, anda juga berpeluang untuk menemui beberapa pempengaruh popular seperti Jinny Boy, Sara Muzam, Joshua Se dan Rafidah Ghazali. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, anda boleh melayari laman web Samsung Malaysia Galaxy Flextival.

komen


© Amanz / 2022 Kami