Honor kini hadir dengan tablet baharu menerusi pengenalan Pad X8 Lite. Ia hadir dengan skrin LCD sebesar 9.7-inci beresolusi 1280 X 800 piksel yang dimuatkan dalam tubuh seberat 460gram dan ketebalan 7.55mm. Seterusnya, cip MediaTek MT8786 dan storan dalaman 32GB turut digunakan.
Selain daripada itu, ia turut dimuatkan dengan bateri sebesar 5100mAh dengan pengecasan 10W dan menjalankan Magic UI 6.1 berasaskan Android S. Turut disertakan adalah kamera utama 5-Megapixel, kamera swafoto 2-Megapixel, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.1 dan dua pembesar suara dengan sokongan Honor Histen.
Buat masa ini, harga jualan Honor Pad X8 Lite masih belum didedahkan. Namun terdapat kemungkinan besar tablet ini akan ditawarkan di pasaran global dalam masa terdekat ini.