Cari @ Amanz

Tan Sri Annuar Musa, kini berkongsi gambar awal untuk peranti yang bakal ditawarkan melalui  inisiatif Peranti Siswa.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini. Ia akan membantu para pelajar di IPTA dan IPTS dari golongan B40 untuk meneruskan pembelajaran pada era digital kini.

Melalui gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan tablet Galaxy Tab A8, sebuah papan kekunci, dan juga sebuah stylus. Ia juga turut hadir dengan penawaran sebuah kerangka luar, dinamakan Book Cover.

Kerajaan akan mula mengedarkan Peranti Siswa ini bermula daripada esok kepada mereka yang berkelayakkan dan yang telah memohonnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd