Cari @ Amanz

Saban hari semakin banyak pilihan komputer riba yang berada di pasaran. Masing-masing diantaranya hadir dengan fokus tersendiri bagi menjadikannya menarik. Terkini, Tecno juga tidak ketinggalan hadir dengan komputer riba tersendiri menerusi pengenalan Megabook T1

Ini merupakan komputer riba pertama keluaran tecno dan direka untuk memenuhi keperluan generasi muda. Ia dilengkapi kemasan tubuh dengan dwi-warna dan jalur berkilat yang dikenali sebagai Startrail Phantom. Bahan berasaskan logam aluminum turut digunakan bagi menjadikannya tampak premium.

Turut disertakan adalah skrin 15-inci IPS LCD, cip pemproses Intel Core i5 -1157G, memori sehingga 16GB RAM dna storan dalaman mencapai 1TB SSD. Dengan bateri berkapasiti 70Wh, ia diiklankan mampu beroperasi sehingga 17.5 jam lamanya dengan sekali pengecasan. Sistem pengecasan pantas 65W turut disertakan dalam usaha membantu proses pengecasan lebih cepat.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara dengan sokongan DTS, mikrofon terbina didayakan dengan AI dan ENC, sebuah kamera web 2-Megapixel, bluetooth 5.0 dan menjalankan Windows 11. Tiada harga jualan yang didedahkan setakat ini tetapi ia akan dipasarkan pada suku ketiga tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd