Huawei sebelum ini terkenal dengan penawaran kamera Leica pada telefon pintar mereka. Namun, kini dengan Leica memilih Xiaomi sebagai rakan kerjasama baharu, Huawei sendiri telah membangunkan jenama pengimejan tersendiri, dinamakan XMAGE.

Kini, selari dengan pelancaran Huawei Mate 50 yang bakal hadir, pihak Huawei mengesahkan telefon pintar terbaru berkenaan kelak akan menggunakan sistem pengimejan XMAGE.
Mengikut desas-desus awal, Huawei dijangka turut menyertakan cip khusus dalam memproses imej. Dan semestinya pembangunan teknologi pengimejan berkuasa pada peranti-peranti sebelum ini sangat membantu dalam pembangunan XMAGE ini. Sebelum ini juga, ia telah dikongsikan Mate 50 akan hadir dengan sokongan kamera dengan apertur boleh-ubah.
Huawei menjadualkan tarikh 6 September ini untuk pengenalan Huawei Mate 50, dimana kita akan mendengar lanjut mengenainya.