#TV

Toshiba TV C350L Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1799

Diterbitkan pada Sep 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Toshiba TV C350L telah diperkenalkan di Malaysia sekaligus menjadi penawaran terkini daripada pengeluar tersebut. Ia hadir dalam pilihan saiz yang berbeza, dalam masa sama turut menawarkan fungsi yang pelbagai dalam usaha menyediakan tawaran menarik buat pengguna. Bagi yang berminat, harga jualan rasmi untuk televisyen ini adalah seperti di bawah:

  • Toshiba TV C350L 43″ – RM1,799
  • Toshiba TV C350L 50″ – RM2,399
  • Toshiba TV C350L 55″ – RM2,699
  • Toshiba TV C350L 65″ – RM3,799
  • Toshiba TV C350L 75″ – RM6,499

Toshiba Ultra HD 4K TV C350L didatangkan dalam lima pilihan saiz berbeza iaitu 43-inci, 50-inci, 55-inci, 65-inci dan 75-inci. Kesemuanya dilengkapi panel beresolusi 4K HDR dari jenis Quantum Dot. Kualiti visual yang berkualiti tinggi turut boleh dinikmati dengan penggunaan cip REGZA Engine 4K dan teknologi Ultra Essential PQ. Seterusnya, teknologi Adaptive Dimming pula bantu meningkatkan keseluruhan kontras secara dinamik. Turut disertakan adalah mod gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) dan sistem audio yang menyokong REGZA Power Audio PRO+ serta Dolby Vision-Atmos.

komen


© Amanz / 2022 Kami