Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan pada awal bulan lalu, Leica Cine 1 telah dilancarkan di IFA 2022. Projektor laser yang dibangunkan dengan kerjasama HiSense ini cuba menawarkan kualiti visual terbaik untuk pengguna yang inginkan sistem projektor lontaran pendek premium di rumah.

Ia hadir dalam saiz 80″ dan 100″ dengan sokongan resolusi 4K 60Hz. Menurut Leica dengan sistem tri-RGB mereka, kualiti visual yang tinggi dapat dinikmati pemilik Cine 1. Setiap TV laser ini juga mampu melontarkan imej pada keterangan mencecah 2500 ANSI lumens. Sistem audio 20W terbina Cine 1 pula menyokong Dolby Atmos dan Dolby Digital Plus.

Harga jualan Leica Cine 1 bermula daripada $6900 (~RM30,870) untuk 80″ dan $7900 (~RM 35,344) untuk 100″. Tetapi untuk kualiti visual terbaik ia perlu dipadankan dengan skrin ALR yang dijual pada harga $1600 (~RM7158) untuk 80″ dan $1800 (~RM8053) untuk 100″. Oleh itu bagi yang berminat membeli Cine 1 kos memilikinya mencecah $7900 (~RM43,398). Walaupun sudah dilancarkan Leica Cine 1 akan hanya mula dijual pada Q2 2023.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd