Honor Bakal Perkenal Telefon Boleh-Lipat Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor kini mengambil pentas utama pada acara IFA 2022, dan telah memperkenalkan Honor 70 secara rasminya untuk pasaran Eropah. Menariknya, pada acara tersebut juga, Honor berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan telefon boleh-lipat untuk pasaran global tidak lama lagi.

Ia dikatakan telefon boleh-lipat tersebut masih belum diumumkan lagi.

Dengan langkah ini, ia akan memposisikan Honor dalam mencabar Samsung pada pasaran telefon boleh-lipat yang didominasi oleh pengeluar Korea Selatan tersebut.

Honor sebelum ini telah memperkenalkan telefon boleh-lipat Honor Magic V, tetapi terhad untuk pasaran di China sahaja. ia telah diperkenalkan pada awal tahun 2022, dengan rekaan membuka seumpama buku atau Galaxy Z Fold.

komen


© Amanz / 2022 Kami