Cari @ Amanz

Samsung menawarkan peti sejuk Bespoke mereka yang boleh dipilih warnanya oleh pelanggan. Tetapi selepas ia dihasilkan inilah warna yang akan digunakan sehingga akhir hayat. Di IFA 2022, LG melancarkan peti sejuk MoodUP yang keseluruhan bahagian hadapannya ialah panel LED yang boleh diubah warnanya.

LG MoodUP menawarkan 22 warna untuk panel pintu atas dan 19 warna untuk panel pintu bawah yang dikawal sepenuhnya dengan aplikasi ThinQ. Selain membenarkan pemilik mengubah warna peti sejuk mengikut mood, ia juga mempunyai beberapa ciri praktikal seperti menyala lebih terang pada waktu malam supaya mudah dicari dalam kegelapan serta berkelip-kelip apabila mengesan pintu tidak ditutup rapat.

Peti sejuk MoodUP masih sekadar prototaip yang diperlihatkan untuk acara IFA sahaja setakat ini tetapi dengan terdapat pasaran untuk produk yang dikustomasi mengikut kehendak pelanggan, tidak mengejutkan jika ia kelak menjadi produk sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd