Carian
Kerajaan Beri Tablet PerantiSiswa Terus Kepada Pelajar, Tidak Perlu Dipulangkan Kembali
September 3, 2022 Aman

Ketika pengenalan inisiatif Peranti Siswa sebelum ini, kerajaan menyatakan para pelajar perlu memulangkan kembali tablet yang diterima pada penghujung pembelajaran mereka. Namun, kini, kerajaan mengubah keputusan, dan memilih memberi terus tablet PerantiSiswa kepada para pelajar.

Dengan langkah ini, semua yang menerima tablet PerantiSiswa boleh memegang terus tablet tersebut walaupun telah habis pembelajaran.

Peranti Siswa diberikan kepada para pelajar di IPT dan IPTS dari keluarga B40 dalam usaha memudahkan proses pembelajaran pada er digital kini. Tablet Galaxy Tab A8 diberikan bersama papan kekunci dan juga stylus kepada mereka yang menerimanya.

Komen