Kerana Masalah Kecurian Amazon Meletakkan Lokar Bungkusan Di Balai Polis

Diterbitkan pada Sep 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di YouTube terdapat banyak video menunjukkan bungkusan yang dihantar ke rumah dicuri di Amerika Syarikat. Tidak seperti di Malaysia, barang yang dihantar perkhidmatan seperti Amazon hanya diletakkan sahaja tanpa pengawasan. Kerana masalah kecurian yang semakin serius, Amazon menguji meletakkan pusat mengambil bungkusan di balai polis.

Ujian dilakukan di dua lokasi yang terletak di Washington. Pusat meletakkan bungkusan menggunakan peta besi diletakkan dalam kawasan balai polis yang diharap dapat mengurangkan insiden kecurian. Penerima boleh menetapkan bungkusan yang dimasukkan ke dalam lokar yang kemudiannya dinyahkunci menggunakan kod yang diberi oleh Amazon.

komen


© Amanz / 2022 Kami