Carian
Pencerobohan Siber : Sebahagian Data Pengguna Samsung Di Amerika Syarikat Bocor
September 4, 2022 Aman

Samsung kini memaklumkan, sebahagian data peribadi pengguna di negara tersebut menjadi mangsa, dan telah bocor ketika insiden pencerobohan siber yang berlaku pada Julai lepas.

Maklumat yang terkesan adalah termasuk nama, maklumat demografi, tarikh lahir dan juga pendaftaran produk. Maklumat kad kredit tidak terkesan dibawah insiden ini.

Samsung tidak menyatakan berapa ramai yang terkesan dibawah insiden ini. Pengeluar peranti terkemuka dunia tersebut sekadar menyatakan pada Julai 2022 lepas, terdapat pihak ketiga yang telah mengakses sistem dan mendapatkan sejumlah informasi daripada sistem Samsung US.

Komen