Huawei Mate 50 Dijangka Membolehkan Pengguna Buat Panggilan, Walaupun Bila Bateri Habis

Diterbitkan pada Sep 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei Mate 50. ia sedia dinyatakan bakal hadir dengan kamera berjenama tersendiri, iaitu XMAGE. Selain daripadanya, Huawei dilihat akan terus menginovasi dalam arena peranti mudah-alih, dan akan membawakan sesuatu yang baharu pada bahagian bateri.

Melalui video acah terbaharu yang dikongsikan, ia memperlihatkan bateri peranti habis, dan ia secara tidak langsung membawa kepada penggunaan tenaga kecemasan.

Ini memberikan petanda yang mana telefon Huawei masih boleh digunakan beberapa ciri asas walaupun selepas bateri habis.

Mengikut desas-desus, ia akan membolehkan komunikasi kecemasan, termasuk membolehkan anda membuat panggilan suara kepada sesiapa sekiranya bateri habis.

Ia tidak diketahui sepenuhnya bagaimana ciri ini akan berfungsi. Sama-sama kita nantikan pelancaran Huawei Mate 50 pada minggu ini untuk melihat sepenuhnya ciri ini berfungsi.

komen


© Amanz / 2022 Kami