Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kini berkongsi sebuah ciri baharu yang bakal diperkenalkan pada aplikasi MySejahtera, iaitu pendaftaran ikrar derma organ terus melaluinya.
MySejahtera akan mengatasi beberapa masalah sebelum ini dalam pengurusan, termasuk pangkalan data yang tidak teratur sebelum ini berkenaan mereka yang mendaftar untuk derma organ.

Melalui MySejahtera kelak, sebuah ikon khusus akan disediakan untuk Ikrar Derma Organ, dan seterusnya pengguna boleh melakukan pendaftaran menggunakannya. Sebuah kad khusus juga akan dipaparkan pada bahagian profil.
Langkah ini juga dilihat sebahagian daripada langkah dalam menjadikan MySejahtera sebagai salah satu hab kesihatan untuk pengguna. Sebelum ini, beberapa ciri turut telah diumumkan, termasuk untuk rekod kesihatan, vaksinasi dan juga buku pink.