Cari @ Amanz

Realme kini dalam persedian untuk pengenalan jam tangan baharu menerusi Watch 3 Pro pada 6 September. Menjelang pelancaran rasmi, ia didapati telah tersenarai di laman Flipkart dengan rekaan dan spesifikasi yang turut didedahkan.

Realme Watch 3 Pro bakal hadir dengan skrin berbentuk bulat sebesar 1.78-inci. Panel AMOLED beresolusi 368 X 448 piksel turut disertakan bersama kebolehan Always-On-Display. Dari segi reka bentuk, ia tampak ringkas dengan elemen seumpama generasi terdahulu dengan muka jam berbentuk segi empat dan tali silikon.

Turut disertakan adalah pelbagai sensor pemantauan kesihatan dan kecergasan terbina seperti kadar degupan jantung, kiraan kalori, bacaan tapak dan lain-lain. Bateri yang digunakan pula mampu bertahan hingga 10 hari dengan sekali pengecasan.

Kebolehan membuat panggilan menerusi bluetooth turut disertakan dengan adanya pembesar suara dan mikrofon terbina. Bukan itu sahaja, ia turut membolehkan pengguna menerima pelbagai pemberitahuan pintar untuk notifikasi atau panggilan masuk.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd