Apple Dijangka Memperkenalkan AirPods Pro 2 Bersama iPhone 14

Diterbitkan pada Sep 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple menjadualkan acara khas pada 8 September ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan iPhone 14 pada acara tersebut. Selain iPhone, Apple turut dijangka memperkenalkan Apple Watch baharu, dan kini Bloomberg turut melaporkan AirPods Pro 2 turut akan diperkenalkan pada acara sama.

Mengikut desas-desus awal, ia dijangka mengekalkan rekaan lebih kurang seperti AirPods Pro sebelum ini, tetapi dengan cip generasi baharu, serta sokongan untuk codec versi baharu yang menawarkan lebih kestabilan kepada audio secara nirwayar.

Disamping itu, AirPods Pro 2 juga dijangka menyertakan sokongan penggunaan bateri lebih lama. Sebelum ini, ia turut diperkatakan Apple mungkin menggunakan USB-C untuk pengecasan pada pod pengecasnya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 8 September ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami