Cari @ Amanz

Apple sedia menyertakan eSIM pada produk mereka sebelum ini, dan pada pelancaran iPhone 14 kelak, Apple dijangka akan memberikan lebih fokus terhadap ciri eSIM ini.

Dengan langkah ini, Apple dilihat ingin membolehkan ruangan SIM fizikal dibuang terus pada iPhone. Pengguna akan menghubungkan ia kepada rangkaian melalui penggunaan eSIM. Di Malaysia, sejumlah syarikat telekomunikasi sedia menawarkan sokongan eSIM ini.

Berkongsi lanjut mengenainya, Bloomberg menyatakan ia masih kurang pasti sama ada iPhone 14 akan memperlihatkan pembuangan slot SIM atau ia hanya akan berlaku pada generasi seterusnya.

Apple akan mengumumkan iPhone generasi baru mereka pada 8 September 2022 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd