Cari @ Amanz

NASA semalam telah membatalkan kali kedua pelancaran misi Artemis 1 mereka, sekaligus menangguhkan sekali lagi pelancaran misi ke bulan yang dirancang.

Mengulas lanjut berkenaan dengannya, NASA kini mengatakan pelancaran mungkin tidak berlaku dalam beberapa minggu ini – dimana ia mungkin ditangguhkan kepada penghujung September, atau mungkin juga Oktober.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, pihak NASA ingin membuat siasatan dan kajian lanjut – sebelum berkongsi tarikh pelancaran baharu untuk Artemis 1.

Pelancaran misi Artemis I menggunakan roket SLS dibatalkan untuk kali kedua sebentar tadi selepas kebocoran dikesan pada kabel paip yang mengisi bahan api.

Artemis I bakal menjadi misi pertama NASA untuk menguji kemampuan SLS menghantar kapsul Orion mengelilingi bulan sebelum kembali ke bumi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd