KKM Akan Mengumumkan Keputusan Meneruskan Pemakaian Pelitup Muka Rabu Ini

Diterbitkan pada Sep 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita kini berada dalam fasa peralihan pandemik Covid-19. Kehidupan semakin hampir menjadi normal dengan ramai yang merasakan ia sudah berakhir. Setelah lebih dua tahun pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan tertutup, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mempertimbangkan semula keperluannya.

iPhone Pelitup Muka

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam telah menerima pelbagai pendapat pakar mengenai pemakaian pelitup muka sejak minggu lalu dan keputusan baharu mengenainya akan diumumkan pada hari rabu ini.

Pemakaian pelitup muka kini tidak lagi mandatori di negara-negara barat tetapi masih lagi digunakan di negara-negara timur seperti China, Jepun dan Malaysia. Di Malaysia jumlah jangkitan baharu harian kini bawah 2000 dengan menunjukkan tren penurunan. Secara keseluruhan hampir 4.8 juta kes Covid-19 telah dilaporkan di Malaysia yang meragut 36,245 nyawa sehingga 4 September lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami