Kita sudah memasuki generasi ke-9 konsol permainan video dengan Microsoft, Nintendo dan Sony masih tiga pengeluar dengan pasaran terbesar pada waktu ini. Ratusan konsol telah dihasilkan dengan tidak semuanya menikmati kejayaan dan tidak semua mampu dibeli pengguna. Tetapi di Perancis, Kaori30 seorang pengumpul permainan video telah melelong kesemua koleksi konsol beliau dengan nilai bidaan minimum €984,000 (~RM 4.38 juta) menerusi laman eBay.
Koleksi terdiri daripada 2250 konsol dengan kotak asal. Secara keseluruhan konsol permainan video sejak 50 tahun yang lalu wujud dalam koleksi Kaori30 yang dikumpul sejak 25 tahun yang lalu. Semua jenis konsol dalam variasi model, pasaran, warna dan edisi khas kini ditawarkan kepada mereka yang berminat. Konsol akan dijual secara pukal dan permohonan membeli konsol secara berasingan tidak akan dilayan.
Bagi peminat permainan video dengan akses dana yang besar, ini ialah koleksi konsol lengkap yang akan mengesahkan status anda sebagai raja konsol.