Cari @ Amanz

TuneTalk Perkenal Pek Jimat – Pelan Internet Dengan Kuota 5GB Harian, Bermula RM33 Sebulan

Oleh Aman

Link Copied!

TuneTalk hari ini memperkenalkan Pek Jimat, dimana sebanyak tiga pilihan pelan ditawarkan dibawahnya.

Tiga pilihan pelan tersebut adalah Fokus 33 pada harga RM33 sebulan dan menawarkan hotspot 4GB, serta kelajuan pelayaran 6Mbps antara 9 pagi ke 5 petang, dan bakinya pada kelajuan 3Mbps.

Fokus 40 pula ditawarkan pada harga RM40 sebulan, dengan hotspot sebanyak 6GB, selain kelajuan pelayaran mencapai 12Mbps antara 9 pagi ke 5 petang, dan bakinya pada kelajuan 6Mbps.

Akhir sekali adalah pelan Bebas 55 yang menawarkan pelan pada harga RM55 sebulan, dengan kelajuan sehingga 18Mbps dan hotspot tanpa had.

TuneTalk menyatakan setiap pakej ini hadir dengan penggunaan FUP sebanyak 5GB setiap hari, dan akan ditetap semula pada pukul 12.01 pagi. Sekiranya kuota habis digunakan, maka kelajuan akan dikurangkan menjadi 256kbps sehingga ia diperbaharui esoknya.


Komen ()