Dengan iPod Pro baharu dijangka dilancarkan bersama iPhone 14 pada 9 September ini, rekaan pod pengecas baharu telah tertiris. Rekaan dalam bentuk lukisan CAD di bawah menunjukkan tiga perubahan besar.

Pertama sekali pada bahagian bawah terdapat tiga lubang bersebelahan port pengecas. Ini dipercayai adalah lubang untuk speaker. Apabila pemilik menggunakan ciri Find My, pod pengecas akan berbunyi memudahkan ia dicari.
Kedua ialah terdapat lubang pada sisi yang mungkin untuk tali lanyard. Selama ini pemilik perlu membeli kerangka khas untuk meletakkan tali bagi membolehkan ia digantung pada leher untuk mengelakkan ia dari hilang. Akhir sekali lubang pengecas USB-C juga dapat dilihat. Kebenaran rekaan CAD ini akan diketahui dalam masa beberapa hari lagi.
- Sumber
- Sumber – @Andrew_OSU