Anonymous Menggodam Sistem Teksi Yandex Menyebabkan Kesesakan Lalulintas Di Moscow
Effi Saharudin
Perang Ukraine sudah berlarutan sejak Februari 2022 dan masih belum menunjukkan ia akan berakhir. Selain pertempuran di medan perang di Ukraine, peperangan siber turut dilakukan oleh kedua-dua negara dengan perkhidmatan kereta api di Rusia serta Belarus telah digodam bagi penghantaran peralatan Rusia tergendala.

Terkini pasukan penggodam Anonymous menggodam sistem teksi Yandex yang menyebabkan berlakunya kesesakan teruk di Moscow pada Khamis lalu. Puluhan teksi menerima pesanan untuk pergi ke Kutuzovsky Prospect yang merupakan kawasan yang sesak dengan kenderaan. Kesesakan lalulintas di Kutuzovsky Prospect menjadi semakin teruk disebabkan oleh teksi yang dipesan dengan terdapat laporan kenderaan tidak bergerak sehingga 40 minit.
Aktiviti godam ini dikesan dengan pantas oleh Yandex dan mereka mengubah algoritma dengan pantas bagi mengelakkan ia daripada berlaku. Ini mungkin insiden pertama perkhidmatan teksi digodam untuk menyebabkan kesesakan lalulintas mirip dengan yang berlaku dalam filem Furious 6 apabila kenderaan swapandu digodam secara pukal.
[sumber] Sumber – The Verge [/sumber]