Cari @ Amanz

Peranti pintar di bawah siri Realme C akan dikemaskini dengan model baharu tidak lama lagi. Melaluinya Realme C33 bakal diperkenalkan dengan rekaan tubuh berkotak seumpama sebuah Realme 9i 5G sebelum ini. Ia juga menampilkan kombinasi kemasan diilhamkan daripada laut yang dimuatkan dalam tubuh peranti setebal 8.3mm dan berat 182 gram.

Namun begitu, perubahan ketara boleh dilihat pada sistem kamera di belakang peranti yang kini dibekalkan sokongan dwi-kamera utama. Mengulas dengan lebih lanjut, sensor utama 50MP bakal digunakan dengan padanan pelbagai pelbagai mod fotografi terbina dalam satu peranti. Turut disertakan adalah bateri berkapasiti 5000mAh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 37 hari dalam mod standby.

Ini sahaja maklumat mengenai perkakasan dalaman peranti yang didedahkan oleh Realme setakat ini. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasminya kelak pada 6 September 2022.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd