Diantara kemaskini terbesar yang dapat diperlihatkan pada peranti boleh lipat terbaru Samsung, iaitu Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4 ialah pada sistem operasi dan antaramuka Android 12L dan juga OneUI 4.1.

Hari ini Samsung mengesahkan bahawa Android 12L dan OneUI 4.1.1 akan diperkenalkan untuk semua peranti Samsung Galaxy Fold dan Flip, bermula dengan Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3.
Ini bermakna bahawa ciri-ciri baru seperti taskbar dalam aplikasi dan kebolehan membuka talam aplikasi dalam mana-mana aplikasi pada paparan utama akan diperlihatkan pada peranti-peranti Z Fold sebelum ini, dan untuk Z Flip, ciri-ciri tambahan akan diperkenalkan pada cover screen peranti tersebut.

Samsung mengatakan bahawa kemaskini sistem operasi ini akan diperkenalkan pada peranti Z Fold 3 dan Z Flip 3 terlebih dahulu bermula hari ini untuk pasaran-pasaran tertentu, manakala untuk peranti-peranti boleh-lipat sebelumnya akan menerima kemaskini tersebut di masa akan datang.