Sistem navigasi GPS kini digunakan setiap hari bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Bagi kenderaan swapandu pula, ia akan penting bagi membolehkan kenderaan bergerak kendiri ke destinasi. Untuk memastikan keselamatan, data pemetaan dari pelbagai sensor dan kamera dikumpul oleh pengeluar kenderaan. Tetapi di China kini pengeluar kenderaan perlu memohon lesen dari kerajaan sebelum dibenarkan mengumpul data ini.
Lesen berkuat kuasa serta merta bermula hari ini. Sebab yang diberikan oleh kerajaan China ialah pengumpulan data pemetaan dalam negara oleh kenderaan boleh mendatangkan isu keselamatan kepada negara sekiranya jatuh ke tangan negara lain. Isu tentang keselamatan data pemetaan ini menyebabkan berlaku insiden kereta Tesla dihalang dari memasuki kawasan bandar dimana Presiden Xi Jinping melakukan lawatan.