Cari @ Amanz

Kumpulan pengganas ISIS mula dikenali dunia pada tahun 2014 apabila mereka bertekad menumbuhkan sebuah kerajaan Islam di Iraq dan Syria. Ia telah diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014.

Walaupun kumpulan ini sudah tidak sekuat dahulu ISIS masih lagi aktif. Berikutan serangan yang telah dilakukan di Afghanistan beberapa minggu yang lalu, NFT yang menyokong ISIS muncul di OpenSea pada 26 Ogos lalu menurut laporan Wall Street Journal. Sebanyak tiga NFT yang memberikan sokongan kepada ISIS ini telahpun ditarik daripada pasaran sebelum ia berjaya dijual di OpenSea.

Menurut pegawai perisikan Amerika Syarikat, ini adalah kali pertama sebuah NFT digunakan untuk memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas. Muncul kerisauan NFT boleh digunakan oleh penyokong untuk mengutip dana bagi menyokong perjuangan ISIS. Dana yang dikumpul kemudian boleh dicuci di atas talian untuk menyukarkan ia daripada dijejak oleh pihak berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd