Cari @ Amanz

Apple Watch Pro dijangka dilancarkan pada 8 September hadapan bersama dengan iPhone 14 dan iPod Pro 2. Dengan pelancaran semakin hampir, pelbagai maklumat mengenai jam tangan pintar ini mula tertiris dan hari ini rekaannya pula diterbitkan oleh laman 91Mobiles.

Lukisan CAD di atas menunjukkan butang tambahan pada sisi kiri jam. Sementara itu di sisi kanan pula tombol navigasi berputar mempunyai gerigi yang lebih kasar berbanding yang digunakan sekarang dengan bahagian pelindung sisi yang lebih ketara.

Turut dapat dilihat ialah permukaan skrin yang kini rata. Antara maklumat lain yang tertiris sebelum ini ialah Apple Watch Pro mempunyai tubuh lebih besar sekitar 48mm dengan model ini lebih sesuai digunakan oleh mereka dengan pergelangan tangan yang besar. Bagi mereka yang ingin jam tangan pintar lebih kecil, Apple Watch Series 8 dan SE baharu turut dijangka dilancarkan bersama model yang lebih tahan lasak ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd