Cari @ Amanz

Huawei kini menerbitkan video acah terbaru untuk telefon pintar akan datang mereka, Huawei Mate 50. Melaluinya, kini Huawei mengesahkan telefon pintar mereka akan hadir dilengkapi dengan sokongan sambungan satelit.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bagaimanakah ciri tersebut akan berfungsi. Ia berkemungkinan memfokuskan kepada sambungan sokongan panggilan kecemasan, sekiranya berada di lokasi luar talian.

Huawei akan memperkenalkan Mate 50 secara rasminya esok, 6 September 2022. Selain sokongan sambungan satelit, ia juga akan hadir dengan inovasi pada sokongan bateri, disamping sokongan fotografi XMAGE.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd