Cari @ Amanz

Pada hari ini, salah satu masalah besar melibatkan para pengeluar peranti Android, adalah ketiadaan sokongan untuk tempoh masa yang lama. Hal ini, sekaligus membuatkan beberapa peranti Android menjadi kurang relevan dalam tempoh selepas 2-3 tahun ia dikeluarkan.

Ia secara tidak langsung membawa kepada masalah lambakkan sampah elektronik. Kesatuan Eropah (EU) dilihat ingin mengatasi masalah ini, dan kini sedang melakukan draf perundangan baharu.

Melaluinya kelak, pengeluar Android dikehendaki menyokong sesuatu peranti untuk tempoh yang lebih lama, dan menawarkan kemaskini perisian untuknya.

Untuk peranti Android kelak, EU menetapkan perlu menerima sekurang-kurangnya 3 kemaskini utama versi Android, dan sehingga 5 tahun kemaskini sekuriti.

Buat masa ini, perkara ini masih pada peringkat draf. Tetapi, ia secara tidak langsung akan membawa kepada sokongan perisian yang lebih serius – sekurang-kurangnya di Eropah, dan mungkin memberikan kesan positif kepada pasaran global.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan perundangan baharu di EU ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd