Carian
Apple Dijangka Perkenal Jam Tangan Yang Berharga Lebih Rendah Berbanding Apple Watch SE
September 6, 2022 Aman

Apple dilihat ingin lebih ramai menggunakan jam tangan pintar mereka, dan dalam langkah tersebut, ingin menjadikan harga jualan jam tangan pintar lebih kompetitif berbanding sejumlah pesaing lain.

Kini, mengikut laporan NYT, Apple dijangka memperkenalkan sebuah jam tangan baharu yang berharga lebih rendah berbanding penawaran Apple Watch SE pada hari ini.

Apple Watch SE kini berharga RM1199. Penawaran baharu ini berkemungkinan menggantikan Apple Watch Series 3 yang masih dijual di pasaran pada harga RM849 pada hari ini.

Apple dijangka menggantikan penawaran Apple Watch Series 3 yang tidak mempunyai sokongan selular – dan lebih penting, tiada sokongan Family Setup.

Sama-sama kita nantikan minggu ini untuk melihat apakah kejutan Apple, dan berapakah harga jualan minima untuk jam tangan pintar mereka dengan penawaran selular. Sekiranya dihargakan dengan tepat – peranti ini juga mungkin menjadi hadiah yang ibubapa belikan kepada anak-anak, sekaligus meningkatkan lagi angka pengguna Apple Watch di dunia.

Komen