Pangkalan Data Malindo Air Bocor Ke Arena Web – Dikatakan Melibatkan Sekitar 45 Juta Data Pengguna

Diterbitkan pada Sep 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun 2019 yang lepas, Malindo Air mengesahkan pencerobohan data, dimana sejumlah maklumat pengguna tertiris, termasuk maklumat pasport, alamat rumah dan juga nombor telefon.

Kini, pangkalan data dari insiden tersebut, bocor ke arena web.

Mengikut perkongsian di web, ia dikatakan melibatkan sekitar 45 juta data pengguna, termasuk data seperti emel, tarikh lahir, alamat rumah, nombor pasport dan juga nombor telefon.

Sebelum ini, pada 2019 lepas, pihak Malondo Air sedia mengesahkan insiden tersebut, dan ketika itu mengatakan telah menghubungi pihak SKMM berkaitan dengannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami