Cari @ Amanz

Snap, syarikat yang terkenal dengan aplikasi media sosial Snapchat, kini dilihat membatalkan perancangan untuk arena web3.

Melalui perkongsian, Snap memilih untuk menstruktur semula syarikat, dan telah pun menutup bahagian web3, sekaligus membuang semua pekerja dalam bahagian tersebut.

Snapchat

Dengan langkah ini, kita mungkin tidak akan dapat melihat fungsi integrasi NFT serta menggunakan ia sebagai salah satu kesan penuras AR pada Snapchat – seperti pernah diumumkan sebelum ini.

Snap sendiri kini berhati-hati dalam berbelanja, dan sedang menstruktur syarikat dengan membuang pelbagai perkara yang tidak membawa kepada keuntungan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd