Cari @ Amanz

Siri Xiaomi TV A2 kini mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah televisyen pintar lengkap dengan panel 4K Ultra HD yang ditawarkan dalam variasi saiz skrin yang berbeza. Bagi yang berminat, Xiaomi TV A2 32″ dijual pada RM999, Xiaomi TV A2 43″ pula RM1299 dan Xiaomi TV A2 58″ berharga RM2799.

Jualan pertama akan bermula pada 9 September ini dan pembelian untuk variasi 58″ didatangkan dengan Mi 23.8″ Desktop Monitor 1C secara percuma. Dalam masa sama, Xiaomi turut menawarkan promosi harga murah untuk variasi 32″ yang boleh dibeli serendah RM799 dan variasi 43″ pula RM1099 dalam masa terhad.

Untuk spesifikasi, skrin Xiaomi TV A2 dilengkapi pelbagai ciri tambahan seperti sokongan 90% gamut warna DCI-P3, HDR10, Dolby Vision, MEMC dan sebagainya. Cip pemproses empat-teras ARM Cortex-A55 digunakan dengan padanan memori 1.5GB RAM dan 8GB storan.

Seterusnya, sistem audio pula terdiri dengan pembesar suara 10W yang menyokong teknologi Dolby Audio dan DTS X. Tidak ketinggalan, ia juga menjalankan Android 10 dengan aplikasi penstriman video popular melalui Google Play.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd