#TV

TV Laser Hisense PX1-Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM14,999

Diterbitkan pada Sep 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengalaman seakan menonton wayang di rumah ialah sesuatu yang menjadi norma baharu ketika pandemik. Dengan wayang ditutup, TV gergasi menjadi penggantinya di rumah. Walaupun pandemik kini semakin berakhir, permintaan untuk sistem audio visual mantap masih kekal. Hari ini Hisense Malaysia melancarkan TV laser Hisense PX1-Pro mereka ke pasaran tempatan.

Walaupun diberi nama TV laser, ia sebenarnya adalah sebuah projektor lontaran pendek dengan sistem pancaran laser TriChroma yang mampu bertahan sehingga 25,000 jam. PX1-Pro mampu memaparkan imej pada resolusi 4K antara 90-130″ dengan sokongan warna BT.2020 lengkap dengan sokongan HDR 10.

Keterangan maksimum yang boleh dicapai ialah sehingga 2000 Lumens. Sistem operasi Android TV 10 juga digunakan bagi memastikan terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan oleh pemilik.

Ia juga adalah dari jenis lontaran pendek dengan imej besar boleh dipaparkan pada skrin dari jarak 19cm sahaja. Selain visual yang mantap, PX1-Pro juga hadir dengan sistem audio Dolby Atmos 30W. Ia boleh disambungkan ke rangkaian WiFi 2GHz dan 5GHz dan sokongan bluetooth 5.0. Dari segi input pula terdapat 2x HDMI 2.0 dan 2x USB-A 3.

Di Malaysia Hisense PX1-Pro dijual pada harga RM29,999 sebuah tetapi untuk tempoh promosi sehingga 31 Oktober ini, ia boleh dibeli pada harga RM18,999 dengan skrin Ambient Light Rejecting (ALS) sebesar 100″ dan RM14,999 tanpa skrin ALS.

komen


© Amanz / 2022 Kami