Cari @ Amanz

Redmi Buds 4 Pro dan Redmi Buds 4 sebelum ini telah diperkenalkan di beberapa pasaran dengan rekaan serba baharu di samping ciri dan fungsi yang menarik. Bercakap dengan lebih lanjut, ia kini mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia dengan harga bermula RM239 untuk Redmi Buds 4. Sementara itu variasi pro pula boleh dibeli pada RM369 seunit.

Redmi Buds 4 Pro adalah fon sejenis dalam telinga bertangkai dengan padanan putik yang diperbuat daripada silikon. Ia kemudiannya dipadanakan dengan pod pengecasan berbentuk bujur yang boleh didapati dalam dua kemasan warna iaitu hitam dan putih.

Pemandu audio bersaiz 10mm bersama tiga mikrofon terbina digunakan dengan sokongan sistem pembatalan hingar aktif, audio 360 darjah dan Hi-Fi. Turut disertakan adalah sokongan masa pendam rendah sehingga 52ms yang diiklankan sesuai untuk sesi bermain permua yang imersif.

Bukan itu sahaja, sambungan bluetooth 5.3 dan sokongan codec SBC dan AAC turut disertakan pada fon telinga. Bateri yang digunakan pula diiklankan mampu bertahan sehingga 36 jam penggunna dengan bantuan pod pengecas dan berkurang kepada 9 jam untuk fon telinga sahaja.

Redmi Buds 4 pula sejenis fon sejenis dalam telinga kecil dengan pod pengecasan berbentuk bujur yang boleh didapati dalam dua kemasan warna iaitu putih dan biru. Pemandu audio sebesar 10mm dengan tiga mikrofon terbina digunakan dengan sokongan sistem pembatalan hingar aktif terbina. Turut disertakan adalah sokongan bluetooth 5.2 dan bateri yang mampu bertahan sehingga 30 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd