OnePlus Membuka Jerayawara OnePlus 10T Di Fahrenheit 88 Pada 10 September Ini

Diterbitkan pada Sep 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus baru-baru ini telah membuka jualan peranti OnePlus 10T mereka di Malaysia baru-baru ini, dan ia merupakan peranti mercu paling berkuasa mereka setakat ini pada harga RM3199.

Terkini, jenama tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka jerayawara untuk peranti tersebut di pusat membeli-belah Fahrenheit 88 pada 10 dan 11 September ini bagi mereka yang berminat untuk mencuba dahulu peranti ini sebelum membelinya.

Untuk 30 pelanggan pertama yang membeli peranti ini, pihak OnePlus juga telah menyediakan hadiah bernilai RM597 yang termasuklah beberapa aksesori OnePlus terpilih. Mereka yang bertuah juga berpeluang untuk memenangi sebuah dron DJI Mini 2 ataupun sebuah gimbal DJI OM-5.

komen


© Amanz / 2022 Kami