Tidak dinafikan, penggunaan berus gigi pintar sebenarnya mampu membantu membersihkan gigi dengan lebih efektif. Buat mereka yang sedang berkira-kira ingin memilikinya satu, Xiaomi kini hadir dengan Electric Toothbrush T700 yang dijual di Malaysia pada harga RM429. Ketersediannya bermula 9 September 2022 menerusi kedai atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi, berus gigi elektrik ini dilengkapi motor levitation magnetik yang boleh digunakan sehingga 39,600 kali/minit. Ia turut menawarkan fungsi pintar untuk pembersihan dan kebersihan mulut. Turut disertakan adalah skrin LED yang berfungsi untuk menyemak baki bateri, status berus gigi dan skor sesi pembersihan setiap hari. Bateri 1050mAh yang digunaka pula mampu bertahan sehingga satu bulan penggunaan. Selain turut menyokong penarafan kalis air IPX7.