Cari @ Amanz

Anak-anak syarikat Meta dan saman berpisah tiada. Terkini, Instagram dilaporkan telah disaman sebanyak $402 juta ataupun RM1.8 bilion kerana kesilapan dalam salah-urus maklumat para pengguna bawah umur mereka beberapa tahun yang lalu.

Saman tersebut difailkan oleh Irish Data Protection Commission yang mengatakan bahawa beberapa tahun lalu, Instagram telah menyalah-urus akaun-akaun pengguna bawah umur mereka, dengan membolehkan pengguna-pengguna ini membuka akaun bisnes.

Walaupun pada waktu tersebut Instagram telah mengimplimentasi sejumlah polisi yang mengehadkan akses mereka, akaun-akaun kanak-kanak ini dilihat boleh membuka akaun bisnes, yang akan memperlihatkan butiran seperti alamat dan butiran panggilan secara terbuka.

Instagram New Post

Kebelakangan ini ia dilihat bahawa Instagram khususnya telah memperkenalkan sejumlah tetapan dan polisi khususnya untuk para pengguna dibawah umur 18 tahun, seperti memastikan akaun dikunci dan tidak boleh dihantar sebarang mesej selagi akaun pengguna bawah umur ini tidak mengikuti akaun tersebut.

Meta mengatakan bahawa mereka telah memperbaiki pelbagai masalah-masalah seperti ini dan saman yang dikenakan keatas mereka dikatakan tidak setimpal dengan kesalahan, dan akan merayu untuk saman ini dibatalkan atau dikurangkan nilainya.

Dalam pada itu, pihak DPC mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan butiran lanjut mengenai saman tersebut di minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd