Cari @ Amanz

Pada masa kini, wanita mahupun lelaki dilihat sangat menitik beratkan soal penjagaan rambut dan pengering rambut sudah semestinya salah satu barangan yang membantu untuknya. Ia bukan sahaja berfungsi untuk mengeringkan rambut, malahan turut untuk boleh digunakan berdandan.

Bagi yang berminat, Xiaomi Malaysia kini hadir dengan pengering rambutnya Water Ionic Hair Dryer H500 yang ditawarkan pada harga RM259. Ketersediaan akan bermula 16 September 2022 menerusi kedai atas talian Xiaomi di Lazada serta Shopee.

Xiaomi Water Ionic Hair Dryer H500 dilengkapi rekaan yang ringkas dan kompak dengan tubuh yang diperbuat daripada logam. Ia juga dilengkapi sokongan motor berteknologi penghidratan ion air dan kipas yang menghasilkan udara sepantas 20m/s. Turut disertakan adalah mod pintar untuk pengliran udara panas/sejuk secara berselang-seli bagi mencegah kerosakan pada rambut.

Selain itu, pengering rambut ini turut diiklankan dengan berkebolehan mengawal suhu secara pintar mengikut persekitaran semasa untuk lebih keselesaan buat pengguna. Melaluinya juga terdapat tiga tetapan haba yang disertakan seperti panas, panas/sejuk dan sejuk. Xiaomi Water Ionic Hair Dryer H500 boleh didapati dalam kemasan bewarna putih.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd