Digital Wellbeing Kelak Boleh Mengesan Dengkur Pengguna
Fahim Zahar
Beberapa bulan lalu, Google dikatakan sedang membangunkan ciri mengesan dengkut ketika penggua tidur. Ciri ini adalah untuk pemantauan kesihatan pengguna serta turut memantau corak penggunaan peranti secara lebih mendalam.
Ciri ini sudah sedia ada dalam Nest Hub, kelak hanya dengan satu telefon sahaja dengkur dan batuk ketika tidur Google boleh pantau.

Ciri ini akan dikatakan akan disertakan dalam Digital Wellbeing. Ia sudah pun mula muncul dalam bentuk kod, di mana aplikasi akan mengakses mikrofon telefon pengguna untuk mengesan sebarang bunyi dengkur.
Ciri ini turut akan diintegrasikan bersama-sama dengan Bedtime Mode untuk mengurangkan aktiviti pengguna ketika waktu ingin tidur. Tidak pasti bagaimana Google akan mengimplementasikannya lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.