Cari @ Amanz

Pengenalan Xiaomi Camera 2K (Magnetic Mount) telah memperluaskan lagi penawaran produk rumah pintar oleh Xiaomi di Malaysia. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM129 dalam kemasan berwarna putih. Jualan pertama bermula pada 9 September ini menerusi kedai atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Xiaomi Camera 2K (Magnetic Mount) merupakan kamera pintar yang dilengkapi pad logam dan pelekap magnet terbina sekaligus memudahkan proses pemasangan. Ia mempunyai ciri pemantauan persekitaran masa nyata berkualiti tinggi. Melaluinya, kemampuan rakaman video beresolusi 2304 x 1296 disertakan dengan kebolehan berputar sehingga 180 darjah.

Kamera ini turut boleh digunakan untuk pemantauan di waktu malam dan menyokong panggilan dua arah yang membolehkan pengguna berhubung diantara satu sama lain dengan mudah. Tidak ketinggalan, pengguna juga diberi pilihan untuk menyimpan rakaman sama ada pada kad mikroSD atau storan awan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd