Cari @ Amanz

Penggunaan lampu pintar di kalangan pengguna hari ini sebenarnya bukan suatu hal yang asing. Malahan, ia bantu mengoptimumkan pencahayaan dalam sesuatu ruang. Terkini, Xiaomi Malaysia telah hadir dengan penawaran Smart LED Ceiling Light yang dijual pada RM399. Bagi yang berminat, ketersediaannya bermula pada 16 September 2022 menerusi kedai atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Xiaomi Smart LED Ceiling Light adalah lampu syiling yang direka untuk keluasan bilik kira-kira 25 meter persegi. Ia menawarkan kecerahan maksimum mencapai 3000lm, di samping kebolehan mengubah suhu warna untuk persekitaran yang berbeza. Sambungan bluetooth terbina juga disertakan yang membolehkan lampu ini menyala secara automatik apabila pintu rumah dibuka. Dalam pada itu, ia turut boleh dikawal dengan aplikasi Mi Home pada peranti Android atau iOS untuk penggunaan lebih menyeluruh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd