Honor kini menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 15 September 2022. Melaluinya, Honor X40 bakal diumumkan sebagai telefon pintar dengan sambungan 5G terbina. Bagaimanapun, tiada maklumat lain mengenai rekaan dan spesifikasi masih tidak didedahkan oleh Honor buat masa ini.

Namun begitu, poster acah yang memperlihatkan rekaan bulat besar dianggap telah memberi sedikit gambaran mengenai modul kamera pada peranti kelak. Dalam masa sama, perkakasan dalaman turut akan dikemaskini menjadi lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Mengikut jangkaan awal, Honor X40 mungkin dilengkapi panel hadapan OLED keluaran BOE. Selain itu, ia juga dijangka tiba dengan satu lagi variasi lain dikenali sebagai Honor X40 Max dengan sistem pengecasan pantas 40W. Lebih banyak maklumat lain dijangka dikongsi dalam masa terdekat ini, sama-sama kita nantikan.