Carian
Huawei MateBook E Go Hadir Dengan Snapdragon 8cx Gen 2 Dan Windows 11
September 6, 2022 Effi Saharudin

Terdapat pasaran untuk komputer tablet yang menggunakan Windows 11. Bagi memenuhi keperluan ini, Huawei MateBook E Go telah diumumkan sebentar tadi dengan ia dilengkapi skrin 12.35″ IPC LCD sesentuh, cip Snapdragon 8cx Gen 2, memori 16GB LPDDR4x, storan 512 GB M.2 dan bateri sebesar 45.84Wh yang menyokong pengecasan 65W.

Kamera utama di belakang sebesar 13MP dipadankan pula dengan kamera swafoto 8MP. Sebuah pengimbas cap jadi terbina pada butang kuasa bagi mereka yang memerlukan sistem biometri. Papan kekunci merangkap penutup skrin MateBook E Go boleh ditanggalkan dengan ia bersambung menggunakan magnet.

Terdapat dua port USB-C untuk pengecasan dan juga output kepada monitor sekunder jika diperlukan. Selain sokongan WiFi 6, komputer turut menyokong rangkaian selular 4G secara terbina. Bagi yang gemar melakar, lukisan terus pada skrin boleh dilakukan menggunakan stylus M Pencil. Di China Huawei MateBook E Go dijual pada harga RMB4999 (~RM3235) sebuah.

Komen