Realme Buds Air 3S Hadir Dengan Rekaan Baharu Dan Sokongan ENC

Diterbitkan pada Sep 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak dinafikan, ramai diantara kita mula beralih kepada penggunaan fon telinga nirwayar. Ia dianggap lebih memudahkan dan lebih kemas tanpa berhadapan dengan isu wayar berselirat seumpama sewaktu menggunakan fon telinga jenis berwayar.

Terbaharu, Realme telah hadir dengan fon telinga nirwayar baharu menerusi pengenalan Buds Air 3S. Ia tampil serba baharu dengan rekaan bertangkai pendek dan bersayap bersama putik silikon. Ia dimuatkan di dalam bekas simpanan berbentuk segi empat dengan penjenamaan Dare To Leap yang turut kelihatan.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan pemandu audio 11mm dengan 4 mikrofon terbina yang menyokong ciri pembatalan hingar elektronik (ENC) berasaskan AI. Turut disertakan adalah sokongan masa pendam rendah sehingga 69ms dan kebolehan sistem audio dengan Dolby Atmos.

Bateri yang digunakan pula mampu bertahan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Kemudian berkurang lepada 7 jam dengan pengguna fon telinga itu sendiri. Tidak ketinggalan, sambungan bluetooth 5.3, sokongan sambungan dua peranti berbeza dan penarafan IPX5 turut disertakan pada fon telinga ini.

Untuk harga, Realme Buds Air 3S dijual pada ₹ 2,499 (~RM141) dengan pilihan warna Bass Black dan Bass White.

komen


© Amanz / 2022 Kami