Carian
Redmi A1 Diumumkan Dengan MediaTek Helio A22 Dan Bateri 5000mAh
September 6, 2022 Amy Maizuraa

Redmi A1 telah dilancarkan secara rasmi hari ini dengan spesifikasi kelas permulaan yang dikuasakan oleh cip MediaTek Helio A22. Bersama-sama dengannya, ia turut dimuatkan dengan beberapa ciri utama lain seperti skrin hadapan dan kapasiti bateri yang besar.

Untuk lebih khusus, Redmi A1 menggunakan skrin bertakuk kecil sejenis LCD bersaiz 6.52-inci dan beresolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio A22 bersama memori 2GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 32GB (eMMC 5.1). Sebagai tambahan, ruang tambahan menerusi ruang mikroSD sehingga 512GB turut disertakan.

Seterusnya, kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP digunakan pada peranti. Bateri 5000mAh yang digunakan juga menyokong sistem pengecasan 10W. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono, bluetooth 5.0 dan menjalankan Android asli. Untuk harga, Redmi A1 dijual pada ₹6,499 (~RM366) (3GB/32GB) dengan pilihan warna seperti Light Green, Light Blue dan Black.

Komen